Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

  1. Melaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400.
  2. Parameswara melarikan diri ke Temasik setelah gagal membebaskan Palembang daripada kerajaan Majapahit.
  3. Temasik pada waktu itu berada di bawah naungan Siam.
  4. Parameswara menjadi pemerintah Temasik selama 5 tahun setelah membunuh Temagi, wakil Siam di Temasik.
  5. Beliau bimbang dengan serangan kerajaan Siam dan kerajaan Majapait lalu meninggalkan Temasik dan menuju ke Muar seterusnya ke Melaka.
  6. Melaka dipilih sebagai sebuah kerajaan kerana :
  • bentuk muka bumi yang berbukit-bukau menjadi petunjuk bagi pelayar dan senang dikawal.
  • menjadi benteng pertahanan dan pelindung semula jadi.
  • terlindung daripada tiupan angin monsun.

7. Asal usul nama Melaka adalah berasal daripada :

  • nama pokok Melaka
  • perkataan Arab iaitu " Mulaqah' ( pertemuan ) dan ' Malakat' ( perhimpunan segala dagang )

8. Usaha-usaha Parameswara membangunkan Melaka ialah :

  • menyusun sistem pentadbiran yang teratur
  • menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan
  • menjalin hubungan diplomatik yang baik dengan negara China
  • mengelakkan ancaman Siam dan Majapahit
  • mendapat bantuan orang Laut untuk menjaga keselamatan perairan Melaka.