Kerajaan Maritim

Kerajaan Maritim
  1. terletak di kawasan persisiran pantai dan menjalankan kegiatan yang berasaskan dengan laut.
  2. Kegiatan utama ialah perdagangan. Mereka juga menjalankan aktiviti membuat kapal dan perikanan.
  3. Kerajaan ini berfungsi sebagai orang tengah; mengumpullkan barangan dari kawasan pedalaman dan pulau-pulau yang berhampiran untuk pasaran antarabangsa.
  4. Kegiatan perdagangan dijalankan di pelabuhan utama yang berfungsi sebagai pelabuhan entrepot.
  5. Maksud pelabuhan entrepot ialah pusat pengumpulan dan pengedaran barang dagangan.
  6. Contoh-contoh kerajaan Maritim ialah :
  • Kerajaan Srivijaya
  • Kerajaan Majapahit
  • Kerajaan Champa
  • Kerajaan Chih Tu
  • Kerajaan Kedah tua