skip to main |
skip to sidebar
Faktor-faktor kegemilangan Melaka
Faktor-faktor kegemilangan Melaka- Pentadbiran yang sistematik dengan mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan, terdiri daripada Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
- Melaka menjadi pusat perdagangan antarabangsa disebabkan:
- kedudukan geografi yang strategik iaitu terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat
- jawatan Syahbandar diwujudkan untuk menguruskan hal-hal pelabuhan dan melicinkan urusan perdagangan
- peranan Laksamana dan Orang Laut untuk menjaga keselamatan pedagang dan keamanan di Selat Melaka.
- keberkesanan Undang-undang Laut Melaka memberikan keyakinan kepada para pedagang untuk berdagang di Melaka
- Pelbagai kemudahan disediakan seperti gudang, tempat tinggal, membaiki kapal, kemudahan bekalan makanan dan minuman telah menarik ramai pedagang ke Melaka
- Memperkenalkan sistem cukai berkeutamaan atau cukai mengikut tempat
- penggunaan sistem mata wang membolehkan urusan perdagangan berjalan lancar
- Melaka menjadi pelabuhan entrepot
- Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan utama di pelabuhan