1. Pertanian
a) Menanam padi sawah, sayur-sayuran, padi huma, ubi dan buah-buahan
b) Membina empangan untuk menambah hasil pengeluaran padi
2. Perikanan
a) Peralatan tradisional digunakan untuk menangkap ikan
b) Hasil tangkapan diperdagangkan kerana mendapat permintaan yang tinggi
c) Hasil yang lebih dibuat ikan kering, belacan dan keropok
3. Kraf tangan
a) Mahir membuat tikar, bakul dan tudung saji
b) Pandai menenun songket, membuat keris dan menghasilkan perhiasan daripada emas dan
perak
4. Perlombongan
a) Kaya dengan logam
b) Masyarakat Melayu menggunakan kaedah mendulang dan melampan untuk melombong
bijih timah
5. Sistem percukaian
a) Cukai merupakan sumber pendapatan pemerintah
b) Terdapat cukai labuh batu, cukai bebas kuala, cukai kepala dan cukai tanaman
6. Sistem serah
a) Merupakan pemberian sebahagian daripada hasil tanaman yang diusahakan oleh rakyat
kepada pemerintah
7. Sistem kerah
a) Merupakan sesuatu pekerjaan yang dibuat tanpa diberi upah
b) Menunjukkan sikap taat setia, sedia berkorban, dan berganding bahu rakyat untuk
membantu pemerintah
8. Perdagangan
a) Pelabuhan Melaka, Kedah, Klang dan Johor Lama menjadi pusat mengumpul dan
mengedar barangan dari Timur dan Barat
b) Pedagang awal menggunakan kulit siput geweng dan gerus sebagai mata wang
c) Mata wang logam seperti emas dan timah juga digunakan
9. Timbangan, sukatan dan ukuran
a) Kaul, cupak dan gantang digunakan untuk menyukat beras, bijih timah, rempah, garam
dan kacang
b) Dacing dan pikul digunakan untuk mengukur berat sesuatu barangan
c) Relung digunakan untuk mengukur keluasan tanah
d) Jengkal dan hasta digunakan untuk mengukur panjang dan pendek sesuatu benda
10. Pengangkutan
a) Denai penarikan dapat menghubungkan Pahang dengan Melaka. Masa perjalanan juga
dapat disingkatkan