Pengertian Sejarah

Pengertian Sejarah
1. Istilah sejarah beasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun yang bermaksud pohon atau pokok, salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul ( Perkataan Arab).

2. Sejarah membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. ( Ibn Khaldun).

3. Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya. ( Herodotus)

4. Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. ( Mohd, Yusof Ibrahim ).