Soalan





Rajah di bawah merujuk kepada Hari Kemerdekaan.


Apakah tujuan sambutan tersebut diraikan oleh rakyat Malaysia?

A. Menunjukkan kesyukuran dan kebanggaan

B. Meraikan peristiwa yang bersejarah

C. Memeriahkan suasana dan berpesta

D. Menonjolkan kebudayaan negara

Jawapan : A

Soalan

Maklumat di bawah berkaitan dengan bahan-bahan yang boleh dianggap sebagai bersejarah bagi Janet.

  • Diari yang ditulis oleh Janet
  • Surat peribadi Janet kepada Anderson

Mengapakah pengetahuan sejarah peribadi penting bagi Janet?

A. Mengetahui latar belakang keluarga

B. Mengingati peristiwa dan tarikh penting

C. Membina hidup yang bermatlamat

D. Mengenali diri dan keluarga

Jawapan: C

Soalan

Maklumat di bawah berkaitan dengan istilah sejarah

  • Syajaratun

Istilah di atas dikaitkan dengan ...

I. riwayat

II. salasilah

III. keturunan

IV. kelahiran

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

Jawapan: A

' Syajaratun' berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud pohon atau pokok, salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul.